Hari Khamis lepas pada CNY pertama aku buat juga jamuan petang utk meraikan hari lahir anak-anak. Walaupun Faris punya bulan Dec lepas dan adik pulak isnin nanti. Tapi sementara cuti, buat je la kat kampung. Kenapa aku suka buat kat kampugn :
1. Sebab aku suka lepak kat kampung
2. Dengan harapan adik beradik akan ada sekali.. wak nor, abang and makcik tu walaupun tak berapa mesra dengan makcik tu tapi kalau boleh nak dia ada gak.. Bukan selalu dapat berkumpul.
3. Keluarga sebelah H pun boleh datang, kalau kat KL mesti ramai yang ada je alasan tak datang.
4. Boleh jemput anak-anak jiran yang memang ramai.. meriah la sikit
5. Budak-budak memang suka kat kampung
Kali ni aku ajak adik aku je masak sebab tu masak sempoi mihun goreng dan goreng-goreng nugget tapi okay jugak.. ayam goreng dan salad buah. Kakak sebelah rumah jenguk pun tidak walaupun dia buat laksa. Takpe, aku malas nak fikir. Aku memang rasakan kakak akku tu dah berubah sejak akhir-akhir ni lagi-lagi lepas mak kitorang takde. Yelah dia pun dah semakin banyak duit. Gaji diroang suami isteri lagi banyak kot walaupun tak banyak macam ktiorang tapi lagi mewah. Apa kaitan dengan duit hehehe... semua pun ada kaitan dengan duit dan harta sekarang ni. Bukankah begitu?
Wak nor datnag tak lama tu.. bawak tempe dan lemet ubi dan cekodok. SEronok... Masak ungkep dan sup untuk makan tengahari. Not bad kan, aku boleh urus jugak majlis kecil-kecil. Yang penting adik aku ada sebab ddia lagi tere kat dapur dari aku.
Memang tak jemput ramai tapi okay gakk juz nice. Kalau Ana dan Kak Nani ada kat KL sure jemput tapi sebab tahu korang nak balik kampung.
Kakak kat Kajang pun tak balik.. nie aku pun agak terasa (sorry, blame to pregnancy hormone). Kalau tempat dia tu tengah malam pun kitornag pegi, tapi kalau aku jemput susah sanagt ke nak tinggalkan kedai sekejap utk datang majlis adik sendiri. Takpelah.
Kek tempah dari kawan Berry. Sedap ramai yang puji.. cayalah.
Yang sedih sebagai host dan organizer aku cuma ada 2,3 keping je gambar. Photog pada hari kejadian sangat heeiiii memanglaa.. no comment sebab photog nya ayah dan Dak Cipul tu. kekekek..
Bukanla saja nak buat majlis untuk menunjuk-nunjuk ke apa.. tapi :
1. Aku memangla suka masak-masak ajak org datang dari zaman kat kolej lagi.. kalau berkesempatan
2. Meraikan hari istimewa anak-anak
3. Berkumpul dengan family and loved ones.. bukan senang
4. Bersedekah InsyaAllah...
Okay.. dah pukul 7 aku belum Subuh dan aku nak blend cili utk buat mihun... Itu part paling malas, potong cili kering dan blend...
No comments:
Post a Comment