Saturday, August 14, 2010

Anak-anak Rahimah sikit2 masuk spital

Anak-anak aku sorang je ke, bukan anak H sekali? Fikir aku bila SIL cakap macam kat tajuk tu. Ye, aku tahu aku memang dominan dalam rumahtangga kami. Dominan bukanla sampai tak dengar cakap laki. H pada pandangan ramai nampak pasif, tapi hanya aku, bibik kerja kedai dia dan anak-anak tau tegas tak tegasnya pakcik sorang ni.

Tapi statement yang seperti di atas memang biasa dengar, bukan je dari family MIL, family aku, orang-orang kenalan dan bos & colleagues aku sendiri. Hmm, ntahla.. Aku pun terasa gak apsal anak-anak aku asyik masuk spital aa. Aku ke yang risau sangat. Aku pun naik menyampah nak ke spital ni. Dan rasa geram bila anak-anak tak sihat sebab terbayang duduk dalam ward. Aku rasa tak da emak yang suka anak dia sakit dan suka duduk spital.

Aku tataula anak orang lain kalau tak sihat macamana. Tapi kalau anak aku demam lebih 2,3 hari aku memang tak sanggup tengok kat rumah je. Dan kalau batuk sampai berbunyi memang aku tak sanggup biarkan je. Dan kalau bawah setahun ni biasanya aku memang tak bawak klinik biasa (sikit-sikit antibiotik). Mungkin agak berlagak tapi ntahla maybe aku je yang terlebih risau.. nak tinggal anak tak sihat kat nursery dan taknak amik cuti lama utk jaga anak.

Ye, kalau setakat batuk tak bunyi or demam bawah 39C aku rawat je sendiri kat rumah. Dah biasa, Faris pun alhamdulillah sekarang memang kawal sendiri dan tak penah pegi klinik pun sebab dah tau nak buat apa. Tapi kalau temperature naik sampai 39C aku bawak klinikla which was so far tak pernah dan baru sekali demam sejak usia 2 tahun. BAwak klinik pun sbb ruam (alah klinik panel, bawak je laa) dan sakit gusi aritu sebab tumbuh gigi geraham.

Adik Fakhri macam Faris juga tataula kenapa bawah setahun sensitif sangat dan senang kena selsema dan batuk. Batuknya pulak terus teruk sampai bunyi, demam pulak mesti suhu tinggi. Aku memang tak senang hati tak lalu makan/buat kerja kalau kat rumah tengok dia demam. Dah 2 kali bawak klinik kanak-kanak tapi tatuala rasa bagi ubat 90% ikut jadual (kecuali malam time tido ada few times bagi tapi selebihnya tak bagi puff tu, tp oral memang strictly ikut jadual). Yet, adik susah jugak nak baik sebab aku rasa macam kahak tersekat kat kerongkong susah nak keluar.
Demam suhu sampai 39.2C takkan nak duduk je kat rumah, tak berani masukkan supp sebab baru 6 bulan pun. Kenapa tak lap2.? mungkin orang ingat macam tu.. Hmm, anak aku memang bogel tinggal pampers je kalau demam. Siap buat air asam lagi utk jelum. Bye bye fever tu memang asyik berganti. Cuma silap kali ni madu dah abis dan tak pegi lagi mana-mana established supermarket utk beli madu. Kat Speedmartt takde, kedai biasa lagila takde.
I guess above all that, the price that we, aku and H have to pay because we are so buzy all the time and asyik takde masa bawak anak pegi check up & beli madu. Fakhri nya monthly check up pun asyik miss.

Mesti sebab aku guna frozen EBM, elok lagi ke.. nie remarks yg aku dah lali dengar dari belah family aku. MAlas nak cakap banyak, aku suruh je diroang tanya adik aku (Adik aku bersalin era sama ngan aku bila hospital kerajaan haramkan FM so dia taula) dan SIL aku walaupun selebet dan nampak kuno, tapi dia pun pandai bab-bab penjagaan budak. Malas komen unless nurserybagi tak betul tu aku kena pasrah sebab aku tatau macamana diorang handle budak sebenarnya walaupun dari pemerhatian dan pemahaman aku nampak betul (siap aku bagi brochure macamana nak handle susu ibu walaupun diroang dah tau).

Aku takda hujah-hujah yang konkrit utk membalas kenyataan seperti tajuk tu. Cuma mungkin ya, disebabkan insuran dah melindungi rawatan di hospital yang terbaik, kenapa tak gunakan je. Kenapa yang risau kat rumah bila boleh dapatkan rawatan terbaik di hospital antara yang terbaik juga (tapi single room manjang full house geram betul). Tapi itu tak bermakna aku suka duduk di hospital. Menu bukan sedap sangat pun kat Pantai ni, bilik pun so so dan aku nie jenis yg adoii nak share bilik air dengan orang lain memang alaaa lecehnya. Tido pun atas toto dengan bantal yang tak cukup. Malam tadi H tak bawakkan aku makanan dah terpaksa berlapar sepanjang malam (best ke macam ni, kalau kat rumah boleh goreng meggi or burger). Siang dok mundar mandir keliling ward bawak budak-budak sebab diroang keboringan. Cuma satu je bila kat hospital aku tak risau anak, sebab InsyaAllah diroang terus sihat. LEga bila tengok anak-anak boleh tido nyenyak dan gelak ketawa. Terus cakap kat doc nak balik hehehe.. benagng je doc (Doc Azam untuk kedua-kedua anak aku, terima kasih banyak-banyak doc sebab melayan karenah kitorang nie). Doc mesti cakap, bila sakit cari dia, baik sikit terus nak balik. heheh.. Dan Doc Azam pun tau anak-anak aku kalau tak jumpa dia tak baik. Yelah, macam Fakhri kali nie aku bawak pegi klinik kanak-kanak abis RM200 gak (bukan panel dan insuran tak cover tanpa surat rujuk ke pakar), semata-mata nak elak pegi pantai (dan jugak sebab masing-masing bz nak bawak ke pantai tu).

Untuk kalian yang anak jarang sakit, aku jeles jugak padahal anak aku minum susu ibu tapi selalu juga sakit, aku anggap itu dugaan.
Untuk kalian yang anak sakit tapi boleh kawal kat rumah je, mungkin aku masih tatau cara jaga anak tak sihat dengan betul.. sila share tips-tips korang. Aku tak kisah tak tido malam, tapi aku risau kalau aku tertido alih-alih suhu anak naik tinggi.
Ooohh Fakhri dah bangun dan aku nak kemas utk check out dari our hotel aka rjumah kedua kat Jalan Bukit Pantai nie..

2 comments:

Anonymous said...

Pedulikkan..bukan anak dorang, anak kita. Bukan duit dorang, duit TM..hehe..yg penting kita puas hati bila tahu anak kita insyaAllah in good hands -ana-

sha said...

a'ah pedulikan jer ckp2 org... diaorg tak kena kat batang hidung sendiri
aku pun masa kecik lagi teruk, selang beberapa minggu mesti kena tahan kat wad hospital klang tu sampai la aku dah naik tadika baru ok...alhamdulillah bila besar jarang sakit...