Friday, June 25, 2010

I really miss writing blog

Birthday Ayie 3yr. Sepupu sepapat.Makan ikan bakar yang best kat Tg Dawai. Belakang tu Pantai Merdeka. Dan ada jeti utk naik bot dari Tg Dawai ke Pantai Merdeka dan Kota Kuala Muda dan Kuala Muda, penang. Sebab kalau lalu jalan darat jauh. Jadi naik bot sekejap je. Seronok sangat pegi tempat2 nie.

Makcik gemuk memang dah ramai sangat tegur ayooo risaunyaaaaa. Tapi bila makan malam tak hengat yang tau perut memang lapar (culprit kes kegemukan aku nie memang sah2 makan lewat malam sbb masak sendiri dan tunggu h balik). Adik yg betul2 enjoy the travel. Adik kalau jalan memang takde masalah sbb masa dalam perut pun dah ke sana sini. Faris pun so far okay. Yg penting selesa dan kenyang. Tengahari mesti tukarkan pampers baju semua. Makanan kena always ada utk Faris. Baju pun sempoi2 yg selesa.


Anak gue yg sangat hero drama(as mak dia drama queen). Penuh character si abang sorang nie and unpredictable. Adik so far nampak cool sikit. Faris memang keluar2 pun dah pandai nangis je.




Faris dan Cipul di Aquaria. Elok pegi Aquaria time anak2 belum sekolah ya.. free. Tapi rugi patut pegi rabu jam 3 boleh tengok fish feeding.

Dah sebulan lebih tak update. Can't believe it. Tapi seriously memang sangat kelam kelibut sekarang nie dengan kerja, anak-anak, rumah (heh, dah pasrah dgn keadaanya anjung bersepah, yard pokok dah tak terjaga, kering2 tanaman aku hihi) dan komitmen lain.

Aku pun tak ingat apa yang berlaku sejak aku update blog last time ya. Cuma maybe aku nak cerita pasal aktiviti kembara kami.

Aquaria, KLCC
Dapat bonus, jadi bawak family dan nephew, cipul (Faris panggil Cipul) pegi aquaria. Tu pun dah petang, nasib baik bukak lagi sampai jam 8.00 malam. Oh ya, Masa tu Faris seminggu taknak makan minum sebab nak tumbuh gigi geraham. Dia sakit gusi, air liur basi yang adoiii taktahannya bau. Aku siap bawak pegi dentist (kena caj RM10 heheh). Cranky nya memang trade mark Faris la. Menjerit, campak barang, tendang, merajuk.. adoiii mcmana nak ubah ya. Tu yg bawak pegi Aquaria utk mengubat gundah gulana anak bujang sorang ni. Alih-alih kat Aquaria pun taknak jalan sendiri asyik nak dokong. eheheh takpalaah ayahnya ada. Tapi good thing is lepas balik Aquaria tu mood dia jadi baik. Cipul duduk rumah kitorang masa tu. Hmm, Faris buli Cipul lagi adalah. Pakcik tu dahla jenis yang tak ganas, nie Faris asyik tendang laa naik kuda, ekeke.. sampai menangis Cipul nya.

Kembara Sungai Petani
Asalnya nak pegi ke Sungai Klah-Ipoh, alih-alih MIL ajak ke Melaka tengok baby. Tak jadi jugak, so amik kesempatan pegi outstation di Kuala Muda dan terus lepak Sg Petani. Bertolak Khamis malam ke Swiss Inn Sg Petani. JAm 2 pagi baru sampai, haru betul. Dan berhenti ala-ala 7 perhentian tu sbb H ngantuk. Aku nak tido pun tak berani gak, tapi ada gak tertido la. Esoknya pegi stesen kabel Kuala Muda. Abis je keje pegi Pantai Merdeka. Seronok rupanya PAntai Merdeka nie, lama sangat kitornag kat sini sbb Faris and Adik enjoy betul. Adik tido manjang and ceria je. Faris pun sama. Paling suka lepak kat playground dia atas padang rumput. Memang best.

Oh ya, kebetulan sebelum kembara nie aku baru abis baca novel ARA, SAKA tentang bekas komunis yang tinggal di Padang Serai Sg petani. Jadi mcm terbawa2 pulak bila ke sana. Rasa macam aku live up the novel. Dahla novel tu memang sangat best pun.

Lewat petang gak kitorang tinggalkan pantai Merdeka, ingat nak jenguk Kota Kuala Muda tapi kesian kat adik. So, terus balik hotel. MAlamnya keluar dinner kat Radix FC. Memang dah lama sangat teringin nak try RFC nie dan turn out not bad. Aku suka mashed potato. Ayam organic lagi. Playground dia lagi best dari KFC or Mekd (sejak ada anak2 kadang2 ke Mekd gak eventho aku tak suka Mekd). And herbaprima pengeluar RFC nie ada dimana2 di SP. Aku kagum dgn SP yang sangat membangun dan moden. Ada shopping mall semua.

Esoknya relak2 bagi Faris berendam kat swimming pool dan lepas tu check out. JAlan2 ke Lembah Bujang dan Tanjung Dawai.

Adoii apsal boring betul tulisan aku nie.

1 comment:

Anonymous said...

Today I was specially registered to participate in discussion.