Maaflah, sangat vocal and daring kan. Tapi memang betul, okay bukanla menyampah kat semua, tapi segelintir yang merosakkan imej polis. Well, macamana imej nak bersih kalau ketua sendiri pun imejnya dah tercalar teruk.
Kitornag memang dah banyak kali lah tengok sendiri polis yg tak menjalankan tugas menjunjung undang-undang ni. Setakat tak pakai seatbelt, guna handphone, speeding tu biasa laa rasa semua orang pun selalu nampak. Well, bukanlaa nak kata aku nie baik sangat mengikut undang-undang, tp cermin diri sendiri la.. Sebagai polis sepatutnya menjunjung undang-undang kan, kalau tak jangan nak saman orang sesuka hati.
Cerita kali ini, aku dari TMTC nak keluar dari Jalan Semarak ke Jln Tun Razak (kot, yg menghala ke PWTC dan terus ke Mahameru). Dua lane jalan untuk belok ke kanan, lane yang kanan sah-sah tanda belok sahaja tak boleh terus, tapi lane yang kiri samada belok atau terus ke Kg Baru. Aku kat lane kiri, dan kereta polis wira WNH5271 ada 3 org polis di dalamnya kat lane kanan. Time aku nak belok kanan, kereta polis sebelah aku nie boleh pulak selamba je jalan terus sampai aku hampir nak berlanggar dgn kereta diroang. Lepastu, boleh buat muka selamba (and macam tak pakai seat belt je) ingat jalan tu dia punya, undang2 tu dia punya suka hati je nak drive ikut kepala hotaknya. Aku pun terpaksa drive terus dan cari jalan balik nak keluar ke Mahameru. Memang bengang tahap maksima. Benci betul aku tengok polis-polis macam nie. Sebab mende2 nie laa aku kadang2 malas nak bayar saman and kalau bayar pun mmg portion yang masuk kat gaji diroang tu aku tak redha laa. Part saman parking kat ofis ni mmg malasla nak cerita. Bodoh, aku tatuala kalau diroang tak parking kat luar tu dan semua kena parkingkat car park, agak2 nak kena parking atas kereta orang lain ke.. memang dah takde tempat parking okay.. have no choice. And no other nearest parking place (nie bukan kat KL okay yg merata ada bangunan and parking place). pengangkutan awam? Komuter.. lu fikirlaa sendiri bak kata nabil. LRT.. sorry, LRT tak ke Kepong.. takkan aku nak drive ke Taman Melati semata-mata nak amik lrt.. tu pun parking takde.
No comments:
Post a Comment