Monday, June 15, 2009

Excited to move out by this week hopefully

After three months exactly, ahhh malas nak cerita panjang. sakit hati dan paling banyak menangis masa ni. Ringkaskan cerita kunci rumah dah dapat lama, aku dah panggil contractor untuk renovate tapi H sibuk nak suruh kawan dia buat. Last-last kawan dia menipu, lari bawak duit. Aku taktau berapa aku rugi, sakit hati nak mengingatkan. So, last-last H now buat sendiri, ala bukan buat sendiri tapi dia cari orang, beli barang sendiri. Hmm, kalau tau dari dulu buat je sendiri tak payah panggil contractor. Kami memang banyak bergaduh masa ni, bergaduh yang teruk punya ntah berapa kali aku nervous breakdown. Eiii.. benci. Dan akhirnya InsyaAllah minggu nie boleh pindah. Tinggal 2 mende je tak buat lagi, kitchen kab dan finishing tiles bilik atas. Harap-harap siap minggu nie.

Hari Isnin minggu lepas kami ke Cameron Highland. Sebenarnya ada kenduri sepupu di Tapah, apaalagi mana boleh lepaskan peluang ke Cameron. Walaupun kami sampai jam 3ptg dan turun jam 11 malam. Tapi memang betul-betul best. SEronok sangat shopping kat pasar malam dia, gila beli sayur dan bunga-bungaan. Tak sempat sangat nak berjalan-jalan. Next time teringin nak pegi Air Terjun Robinson tu. Faris biasalah kalau berjalan memang suka betul. Seronok sangat tengok dia. Nantilaa bila-bila kita pegi lagi berjalan. Hujung bulan nie pun kena turun Melaka sbb nak uruskan strata title rumah Melaka.

Minggu lepas aku berpeluang join GM pergi kursus. Kursus utk dia, tapi GM kena bawak one of his direct report. So, sbb aku yang ada kat ofis plus mungkin sbb aku business controller, dia bawak aku. Menarik. Kursus dengan GM-GM lain, En Molobb kawan pakcik from procument, En Haizal from TMG, En Muin from ND and Mr Raj from Business St. GM-GM nie memang very intelligent, diorang punya idea dan pendapat tak terfikir aku.

Minggu sebelum tu, aku jadi panel interview untuk pengambilan eksekutif HSBB. Semua calon adalah fresh grad dari UniKL, UIA, UITM dan lain-lain. Banyak tip-tip menarik aku nak share. Nantila.

Banyak kejadian yang very costly.. ok.. auditor dah panggil dah..

2 comments:

Eilla said...

Kak nic awak beli rumah kat mana?

sha said...

mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Kwan yang senang dipercayai memang susah nak cari, apalagi bila melibatkan wang ringgit, banyak bersabar kay... nanti masuk rumah baru ajak la aku tolong apa2 yg patut... hehehe