Wednesday, January 28, 2009

Selamatkanlah Palestin

Sejujurnya tak sanggup aku nak tengok berita-berita apatahlagi gambar tentang keadaan di Gaza. Tiap kali tertengok meruntun jiwa dan raga dan terus menangis. Sebabtu lah aku taktau sangat keadaan di sana, tapi aku kan ada partner yang baca surat khabar dari ayat ke ayat, dan tengok berita sekusyuk-kusyuknya, jadi tanya dia je lah kalau bab isu-isu semasa ni. Bukan tak ambil tahu tapi tak mampu nak tengok gambar-gambar tu.

Bila baca artikel yang menceritakan kenapa orang Yahudi cemerlang, yup tak dapat aku nafikan pendapat dalam artikel tu dari segi latihan sejak mengandung, makanan dan amalan. Cuma wondering laa.. memang tahu almond tu elok, dan di galakkan makan salmon tu semua, hobi menunggang kuda dan memanah. Tapi kalau kat tempat kita nie macamana nak dpatkan semua tu sbb almond agak luxury dan kalau kacang tanah tu banyaklaa.. Salmon pun sama, bolehke ganti ikan kembong. Menunggang kuda pun hobi orang-orang elit dan memanah pulak boleh sesekali pegi kat shopping complexes. Maksud aku, makanan ruji kita lain dan budaya kita pun lain. Boleh kkalau nak ikut, tapi kena keluarkan duit yang agak banyak.

Ok.. waa baru tanya H, hihihi... dia tu sebenarnya ada bakat jadi ustaz atau penceramah, tp tak menjadi je. betullah dia kata contoh macam almond, ta semestinya makan almond jek kismis pun elok juga, makan la kismis yang lebih murah dan senang di dapati. Sama juga macam menunggang kuda, kalau mahal takkan nak ikut tapi boleh sesuaikan dgn aktiviti lain mcm main bola sepak pun. Tujuannya tetap sama.

1 comment:

sha said...

aku pun baru baca artikel pasal menda ni... nak kena beli minyak ikan kod, dulu masa kecik2 memng bapak aku jagal aku makan benda nie, tapi memng mulut tak lalu, camner... huhuhu
satu lagi, bukan memanah & menunggang jer, berenang pun sama lah. Nak masuk kelas renang kat akuatik tu takder member. tunggu faris besar sikit kot, nanti kita daftar sama2 nak... hehehe