Friday, November 7, 2008

Dah jam 5




Okay, aku amik masa 10 menit je utk update blog sebab kadang-kadang aku memang gian nak update blog dan bermacam cerita bermain di fikiran, tapi.. ahhh sungguh typical kalau nak salahkan masa. Asyik-asyik takda masa, walhal kita yang taktau menguruskan masa. KE memang nyatanya masa semakin cepat berlalu.

Aku agak teruja sekarang ni. Tak sabar menanti tahun 2009, nampaknya risik-risik aku kepada boss untuk kembali ke bidang teknikal telah membuahkan rezeki. Kebetulan ada colleague yang nak bertukar angin dan membuat admin. So, kami tukar suka sama suka. DAn tempat baru aku nanti wowwww... tempat yang kecik tapi agak glamer dan penting dalam bidang rangkaian antarabangsa. Aku akan menguruskan kabel dasar laut dan satellite, woowwww... dan beberapa oversea trips. Seronok tak seronok tu! Tapi, still aku masih dalam gundah gulana sebab pengajian master aku dah tertangguh malah hampir luput. Ya Allah, berilah kekuatan pada hambaMu untuk membuat penyelidikan dan menyambung kembali master. Aku rasa bersalah dan memang bersalah pada keluarga, pada company terutamanya yang membiayai pengajian ini, pada boss yang menaruh kepercayaan, kepada rakan-rakan yang sering menggalakan, kepada pensyarah yang tertunggu-tunggu.. Shoot!!!! kenapa aku ni leka dan malas sangat. Alasan demi alasan dicipta dan halangan demi halangan aku biarkan. Benci, ni adalah keburukan dan kelemahan aku... aku lebih suka surf gossip, politik dari surf pasal NGN. PAdahal, boss lama aku dah bagi approval utk jadi shifu utk buat NGN ni. Resource dah ada banyak tapi usaha langsung taknak buat.
TErukkkkk!!!!! aku memang teruk dalam hal ni.

dah 5.15 dan aku nak pegi mengepam.. express breast milk... semoga rezeki dalam yang ni akan berterusan.

Yang pasti, ada beberapa matlamat yang aku nampak selepas nie.
2008 - settlekan rumah
2009 - kerja baru, master
2010 - insyaAllah, tambah ahli keluarga

ohh yaa.. apa2 pun:
28 Dec 2008 - HAri lahir pertama Faris. MEnu yang aku plan :
1. Kek coklat MAklong
2. Kek kanak2 decor (berry.. ada sesapa boleh buat kek kartun??)
3. Pulut kuning & rendang mak long
4. kebab nugget & sosej
5. Salad buah-buahan
6. Spagetti/bihun singapore
7. Air tembikai
8. Teh tarik paklong
9. Coklat chip mak teh
10. Goodies bag : buku & alat tulis, jajan

Berry.... ko adalah dijemput tauuuuuuuu.... dengan ABCDE and adik kau. JEmputan wajib!!!!

4 comments:

sha said...

wah bestnyer....
aku terharu ngan jemputan tu, insyAllah aku mesti datang, pasal Faris kan...
ko nak suruh aku tolong bungkus2 goodies bag pun boleh
kek gambar kartun tu budak depn kedai aku leh wat, nanti aku tanya harga dulu takut dia lagilah naikkan harga bila aku yang mengorder, padahal sesama jiran, sabar jerla...
pasal master tu aku memng sokong ko betul2 bolehla time ko konvo aku bagi bunga ke coklat ke hehehe
nak gak gi konvo um tu camner... hehehe
panjang tul komen aku
aku dah berblog balik selepas lama menyepikan diri
aku terlupa yang aku ada phone yang boleh terus hantar email ke blog, sekarang aku dah mula balik.... yeeeeeeeeeaaaaaaaaaa

Eilla said...

ehem..ehem..kak nic kami2 nie kengkwn lama tak dijemput ke?leh buat perjumpaan semula setelah lama tak jumpa..hihiihihihi.....

Nic said...

BErryy.. bawak2laaa berblog lagi..kita nie dahla jarang calling2.. at least bleh tukar cerita dlm blog..
nattttt... best gak tu.. okay, akak nak jemput kawan2 cari gak.. nat.. datang laaa, kalau nat sudi datang akak laaa paling happy..

ninoZ said...

errr...jemput kita tak?
hihihihihi