Thursday, June 5, 2008

Malaysiaku yang tercinta

APa yang tak kenanya dengan Malaysia sekarang ni. Kita dah jadi negara yang bukan Malaysia dulu yang membangun, malah kita memiskin kot. Jenayah menjadi-jadi, pembangunan cuma utk golongan mewah, taraf hidup makin jatuh. Kenapa orang macam aku, grad oversea with quite flying colors, good job, good pay yet masih tak mampu dan makin tak mampu nak hidup senang. Yelah.. setakat so so jer. Arghhh... never ending problem.

Yang penting, Faris demam lagi.. alahaii anak omak. Kena rash, hmm.. ramai orang cakap campak, tapi semalam pegi jumpa paed dia, still Doc Azam cakap rashes jek. (I juz googled him and ohhh glamer jugak paed faris nie as the star said, a jovial man.. true indeed, but still as Dr said, if parents stop coming for checking, it means that their child is well.. so i hope too.. tak larat nak sedut udara kat PMC tu).

back to Faris, he got fever last Saturday, we went to Pantai Klang coz it was already 1 am and we want to get good medication. Sebenarnya nak cerita pasal masa menunggu kat pantai tu. I mean, situasi kat situ.Dalam masa sejam tu, macam-macam cerita terjadi dan sesuatu yang harmoni boleh disaksikan. 5 keluarga, 3 bangsa, 1 kewarganegaraan. Keluarga 1 - middle class chinese, anak perempuan dia dalam usia tadika sakit perut. Keluarga 2 - agak upper class chinese gak, bayi 7 bln diorang jatuh katil dan bruised all over, kena amik X-ray dah paed datang masa tu juga. Keluarga 3 - Aku laa tu, bawak Faris yang demam panas. Keluarga 4 - lower class chinse based dari pakaian diroang tp tataula chinese nie walaupun kampung tapi mungkin tauke besar - anak dlm sekolah rendah jatuh terhantuk longkang, kena jahit kat kening. KEluarga 5 - sekumpulan keluarga india antar ibu diorang jatuh dalam gelap kena kaca cermin mata.
Macamana aku tau semua nie.. coz kami berborak sepanjang masa menunggu tu seolah-olah kenalan lama. Ambil tau hal masing-masing dan share beberapa tips.. Siapkan pinjamkan syiling utk anak amma india tu buat call (hp dia bateri kong even ada kredit.. hehe).
See.. i really felt truly Msian. Sebab itulah aku suka duduk klang di mana masyarakatnya masih lagi hidup harmoni dan bertegur sapa. Malah masa mak aku admit kat Seri Kota pun jiran kami Chinese & Indian yang peramah. In fact aku kagum tengok jiran depan mak masa tu Nyonya tua yang anak lelaki dia jaga penuh dengan kasih sayang, bawak mandi semua.. Tapi memang pun diroang orang Kuala Selangor dan duduk kampung orang melayu.

Kat KL.... aku tak penah lagi jumpa semua dalam berpuluh kali aku gie check kat Pantai, walaupun duduk sebelah kerusi.. nak bertegur.. sorry. Dalam wad pun hmmm.. jgn haraplah... yelah dah jadi orang kl, padahal ntah2 masing dari kampung ntah ceruk mana (termasuk gue laa tu).

2 comments:

sha said...

kalau org2 dulu kalau anak dia asyik demam jer, dia tukar nama budak tu kan. Cuba ko tukar nama panggilan nama dia... aku baru teringat. sebab dulu bapak aku pun dikenali ngan nama afandi kat kg..

sha said...

kalau org2 dulu kalau anak dia asyik demam jer, dia tukar nama budak tu kan. Cuba ko tukar nama panggilan nama dia... aku baru teringat. sebab dulu bapak aku pun dikenali ngan nama afandi kat kg..