Dah 34 minggu dan masih kuat. Amin, harap-harap sihat sampai ke akhirnya. Dengan SIRIM audit yg akan datang ni, unit aku pulak yang kena audit, dahla kena jugak koordinat (coordinate?) unit-unit yang lain.
Ada beberapa perkara yang aku nak komen tapi asyik malas nak bukak laptop kalau kat rumah. (dah ada streamyx pun malas dan kadang-kadang tatau nak buat apa online, balik-balik baca forum - get a life!).
1. Perhimpunan Agung Umno, apalaah isu remeh temeh yang dibincangkan. Aku ingatkan sesekali berjumpa diskus laa isu yg boleh meningkatkan taraf hidup orang melayu. Isu ekonomi orang melayu, isu masalah sosial ke, isu bencana alam ke, isu halal haram ke. Ini balik-balik cerita laki bini (walaupun cuma utk humor, tp macamlah takde topik lain), kain singkat pramugari Airasia (orang lain tak singkat ke, artis tu.. remaja kat bandar), kutuk-kutuk pembangkang (memangla takda modal lain orang melayu nie hasad dengki tak abis-abis, tengok jela drama tv, dinasti Bilut tu aku ingatkan nak cite pasal kejayaan orang mlayu tapi ada gak kes hasad dengki).
Mengarutla, rasanyakalau ikuti perhimpunan tu pun balik ilmu tetap kosong takde bertambah.
Ralat : undi itu rahsia, tak semestinya kutuk UMNO buat aku menyokong pembangkang kay.
2. Open house.. bukan pasal open house tapi pasal sikap sesetengah orang kita nie yang agak tamak bila tengok makanan. Ada sekali masa open house TM, dalam ramai-ramai orang yg bungkus sate bawak balik, ada this minah nie siap masukkan sate dalam beg kertasa besar.. aku rasa mau dia dapat dalam 100 cucuk. Dalam keadaaan orang berebut-rebut tu dan ramai yg tak dapat merasa. Dan yang peliknya, ramai yg cakap sate tu tak masak sangat. Yet, orang tetap berebut utk tapau. Iksshhh.. malu weeiii..
aku pun to certain extend memang suka gak tapau food. Esp kalau pegi hotel, aku mesti bungkus sket a slice or two of cheesecake ke. Tapi, yelah takdela sampai sanggup berebut semata-mata nak tapau makanan. Dan ye, dulu aku pun jenis yg suka letak food banyak-byk masa buffet end up tak abis (tapi tak banyak sangatlaa moderate dan selalunya aku makan sikit-sikit sebab tu aku makan lambat). Tp, now aku make sure aku makan sampai licin pinggan. Sejak masak sendiri dan kena beli barang dapur sendiri, aku jadi lebih menghargai rezeki. Takde dah laa nak amik makanan lebih-lebih.
3. apa yek... tak ingat pulak.. okaylaa till later...
4. Delivery this month.. kak zai gave birth to Hana Lynn, Dilla to Khaleeda and Miah to a baby girl tatau nama... Mine later to.. Muhammad Khxxxx. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan Amin (nama tu pun kalau H tak tukar masa gie register coz apparently dia tak berkenan dgn nama yg aku pilih).
1 comment:
pasal perhimpunan Umno tu aku memng tak berapa ikut sangat, tapi kalau ko ada perkara berbangkit yang ko rasa patut dipertengahkan ko boleh bagi kat aku, aku akan usulkan kat cawangan aku masa mesyuarat akan datang. hehe... aku paling tak suka masuk bab politik sebenarnya tu yang aku tak nak pegang apa2 jawatan, setakat no tolong... no hal
-berry
Post a Comment