Friday, October 19, 2007

Aidil Fitri 1428

So many stories

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428H. Maaf Zahir Batin. Sekejap Sangat rasanya. Sekarang dah abis dah raya. Tinggal open house jek yg tak berhenti-henti. Tapi suasana raya, semua berbaju tradisional, kereta ke sana ke mari sekeluarga, rumah yg dipenuhi tetamu dah pun takda. Kan best kalau hari ini adalah minggu lepas, malam raya. Malam yang paling indah diantara malam-malam. Takbir berkumandang di sana sini. Oh ye, tahun nie rumah kakak aku dijadikan lokasi utk takbir tv9. Glamer abang ipar aku siap keluar tv.

Pagi raya berkumpul di rumah MIL. Nampaknya tahun-tahun selepas nie pun macam tu lah. Tapi tak kisahlah sebab tido dan spend lagi banyak masa kat rumah aku. Semoga mak aku masih sihat utk raya-raya yg akan datang.

Lencer (menziarah) kali ni lagi bermakna sbb ada suami kan. NAsib baiklah walaupun H tu pendiam dan kurang pandai bersosial tapi dia masih sporting utk beraya kemana-mana.

Seminggu sebelum raya aku telah dimasukkan wad. Puncanya, dehydration,, kurang air sampai menyebabkan bakteria menyerang buah pinggang. Lagi-lagi pulak aku pregnant 29 minggu, jadi kenalah lebih berhati-hati. Sudahnya Dr Idris, gynea aku suh masuk wad utk pemerhatian. Nasib baik semalam jek. Tapi tak dpat berpuasa selama 6 hari. Harap-harap semuanya selamat dan sejahtera. Semoga anak dalam kandungan berada dalam keadaan sempurna. Amin... Ya Allah semoga dipermudahkan kelahiran ini.

Dr SMS, angkasawan Malaysia. Memula aku takdelah ikut sangat cerita angkasawan nie, setakat baca surat khabar ajelah. Dan mula-mula aku lebih suka kepada Dr Faiz. Tapi, sebaik sahaja tengok pelancaran roket Soyuz TMA 11 yg membawa ekspedisi ke 16 tu, aku tak dapat nafikan yg Dr Sheikh Muzaphar memang orang yg tepat. Alah, biarlah orang nak kata apa pun, tp at least program ni dah membuka mata aku yg aku rasa agak celik sains la jugak kan untuk ambik tahu tentang angkasaraya dan angkasawan. Malah aku surf every single page of NASA website untuk mengetahui fakta-fakta tentang angkasa lepas. Bukan aku sorang, kakak aku, adik aku dan emak aku pun teruja dan sibuk bertanya banyak perkara. Kitorang dah menjadi penonton setia cenel 588. Aku baru tahu yg rupanya tujuan utama NASA dan Russia meneroka angkasa lepas ialah utk mengetahui hidup dan bagaimana bekerja di angkasa lepas dan seterusnya, tujuan selepas itu adalah utk ke Marikh. Hmmm, agak pelik. Tapi ISS tu kiranya takdelah jauh sangat dengan bumi kan. Setakat 300++Km tu macam KL ke Johor jek mcm tu. Tapi, aku dah lupa macamana ISS (dan juga satelit-satelit) boleh berada tergantung di orbit. Dan lagi satu, komunikasi dalam vacuum kan, ada gelombang ke (soalan bodoh dari seorang penuntu master in Telco Eng, mmg hampes tuhlaa Thesis bila nak buat nie). Aku sampai terfikir nak namakan anak dgn nama Muzaffar, heheh nasib baik H tak setuju.

Oh ya jugak, masa spend raya kat rumah MIL. Aku sempatlah menyelongkar almari H. Memang best keluarga MIL ni rumah macam muzium semua barang-barang jarang dibuang. Buku dan repot kad H sekolah rendah semua elok lagi. Aku belajar mengenal H, yelah aku tak semapt sanagt nak kenal dia dah terus kawin. H nie hmmmm... mmgla agak unik. Suka kumpul berita suratkhabar dan fakta (mcm sultan negeri-negeri, ketua kerajaan, ahli kabinet, ahli sukan) dalam satu buku macam buku skrap tu. So, ada lagi dia simpan gambar masa Tengku Mahkota Pahang kawin pun ada. Yg kelakar, aku siap terjumpa gambar bapak pakcik (pakcik, my ex yg kat langkawi tu) sebagai Adun Kedah. Oh, dan dairi dia okayla macam biasa dairi orang lelaki penuh dgn usha orang perempuan, tp alaahhhh.. memanglaa usha stail budak baik budak sekolah agama. Selebihnya semua cerita pasal pelajaran, kawan-kawan dan sekolah. Takde yg sensored atau yg nakal. Byk yg aku dapat kenal H, mmg seorang yg familyman, baik ngan mak nyai (arwah nenek, mak MIL), ramai kawan (sampai sekarang pun kawan-kawan H datang beraya ke rumah). Berbeza sangat dengan dairi aku, heheh nasib baik semuanya aku dah bakar coz aku memang taknak H terbaca dairi aku yg penuh mengarut tu.

Seminggu duduk kampung memang seronok dapat spend masa dgn mak, ipul, adik bujang dan kakak. Bila nak balik KL alahaiii sedihnya rasa. walaupun tiap-tiap minggu aku tetap balik, tapi tak sama dgn duduk lama di kampung. Takpelah, bukanke nanti nak berpantang di kampung pun. Memang masa ni aku betul-betul bersyukur bersuamikan orang sekampung. Malah H memang memahami bila bab aku nak balik kampung ni. Perancangan tuhan adalah tepat dan terbaik. Alhamdulillah.

1 comment:

Anonymous said...

amboi seronoknya menyelongkar harta benda khazanah lama H ya...kekekke

anyway semoga semua nya selamat... dan berolehbayi yang comel nanti ok... selamat hari raya nic, moga sejahtera selalu.

tadi (22 oct) bday akak laa... wish laa sempat lagi ni kekekkeke... dan akak nak hadiah! huhu

lots of love,
elaira