Kalau tunggu nak balik kg sesama dgn H, jawabnya lewat petang baru boleh keluar rumah. Aku faham kerja & bisnes dia tu tapi kadang-kadang aku tetap tak dapat terima masa yang dia tak boleh spend utk aku. Itulah punca utama kalau bermasam muka. Heii, masalahnya aku jek yg masam muka, dia bleh buat muka blur. Tahukah lelaki yg kau perlu memujuk.
So, jawabnya aku sll balik kg sendiri atau balik dulu naik komuter nanti dia ambik. Dalam hal ni, H mmg jenis yg tak mengongkong, jadi aku rasa lega dan bebaslaa kan. Semalam seharian di rumah mak, aduhaiii how I miss utk berpuasa bersama emak, kakak, anak-anak sedara dan adik bujang.
Tp berbuka di rumah MIL. MIL dah call awal-awal. Tak kisahla, at least lepas buka boleh balik umah mak balik dan spend masa lama. Buka di rumah MIL seperti biasa mmg formal. Tp MIL masak banyak jugak hidangan dan sedap-sedap. MIL jarang masak, tp sesekali masak mmg best.
Balik umah kak nor ada. Seronok. Lengkap kroni bila semua ada mmg borak tak sudah. Abih jugak kuih muih yg bawak dari rumah MIL.
Selalunya sahur aku cuma bangun untuk makan jek, emak akan siapkan segala-galanya. Kali nie, sbb dah jadi isteri orang dan tambah pula emak dah tak segagah dulu, aku yg bangun.
Pagi tadi, H pecahkan periuk vision aku. Adoii heartbreak gue dibuatnya. Tak marah, tp sedih sangat-sangat. Ada satu ikatan antara aku dan koleksi corelle & visionku. lepas nie dah taknak bawak naik apartment nie, tunggu sampai ada rumah sendiri jekla.. sbbnya, erghhh aku tak sanggup tengok H handle barang-barang aku tu.. buatnya pecah bukan boleh dapat ganti kat sini (dan tak mampu pun).
4 comments:
whoaaaaa...me too lurv my vision perpel, pyrex perpel n corning french white..[yg sedara dgn yours tuu..:D]
sapa nak pinjam..kene pesan..pecah mesti ganti excatly no matter wut..
caserol pyrex perpel yg rectangular beso tu penah sekali hilang kat surau..ade org bwk balik n simpan buat harta..kita mcm nak nangis dok cari for months...last-last buat poster A3 size..tempek kat surau..siap dgn gambo lagiks
finally dapat balik tapi till now tatau sape malaun yg amik tu..sbb org yg tolong sampaikan tu takmo ckp saya yg amik
sabo je laaaa...
sometimes..kita bukan tak sanggup hilang barang..tapi tak sanggup hilang memori/sentimental value brg tersebut...kannn:)
nic... thee he he...thanks for sudi menjenguk hujung rimba gue... akak dah apdet dah... panjang lebar tu, walau ada gak event yang tak tercover lagi...
wah dah 7 bulan ek... sekejap jek rasa... so kira sempat beraya la ni ek... raya nanti 8 bulan baru...
take care dear nic, selamat berpuasa.... miss u!
ish2 siannya member aku sorang ni. bukan ke pyrex tu tahan lasak. Entah la aku punya yang kat rumah tu tak pernah pecah, kalau pecah mahu gak mengamuk walaupun bukan aku yg beli.. hehehe jaga diri, gambar semua dah siap nanti aku update.. sekarang bz wat kad raya
kak nadia... naluri peminat vision mmg serupa.. ehehhe.. kalau saya punya hilang, mau letak poster gak.. tp sllnya mmg keep an eye laa kat casserole tu kalau bawak gie pot luck ke apa.
berry.. klu kat dapur umah kg mmg tak pecah jatuh lantai, somehow lantai apartment nie dah menyaksikan kepecahan 1 gelas corelle and 2 periuk. Uwaa..
kak elaira.. always jenguk rimba akak tauuu yg menyenangkan mata tu..
Nic
Post a Comment