Rumah aku
Rumah gua yang gua harap-harap tahun nie jekla duduk situ. Mana tidaknya, rumah tu okay sume pun aku suka, ramai melayu besar dan cozy. Tapi, syiling asyik bocor jek. Sebelum nie kat dapur and hallway, malam tadi tengok-tengok dalam bedroom pulak. Adoiii, nak menangis gua dibuatnya. Tapi yang lain semua aku suka, ada balcony kecik kat dapur utk sidai baju. Bilik air pun cantik. Tapi, harap-harap tahun depan ada rumah sendiri, landing property kata orang. Bolehla aku bercucuk tanam, yolahh tu. Tak dapat nak bayangkan apartment kecik pun rasa macam tak cukup masa nak jaga, tu pun tak sempat kemas hari-hari, nie pulak nak berkebun.
ohh ya, bercakap pasal tak cukup masa. perasan tak sekarang nie masa bukan terbang dgn cepat, tapi masa hilang. Maksud, masa berlalu seperti cahaya. terlampau laju. Sampaikan, aku rasa kalau ada masalah ke apa, tak sempat nak sedih-sedih, semuanya berlalu begitu sahaja. My marriage pun dah 4 bulan, bukan lagi pengantin baru.. ahhh, boringnya. Dah terasa gak sekarang nie dress up pun H tak amik pot. Aarrghh... benci!
Tengok jekla berita-berita sensasi kat surat khabar, hangat seminggu jek, lepas tu orang pun lupa dan hidup kembali seperti biasa. Nobody cares. Semalam terbaca cerita minah yang boleh keluarkan kristal dari kaki tu, emak dia menagih janji orang-orang yang nak bagi itu ini, tp semuanya umpama dusta. See, diorang hangat di pasaran satu masa dulu.
Sekarang berita kehilangan Yin, kalaulah Yin masih tak dijumpai pun orang akan lupa satu hari nanti. Walau, Yin lalu sebelah kita pun kita tak perasan kan. Aku berdoa Yin dijumpai. Aku pun kehilangan si kecik Ipul tu dulu kat Mydin, dia tertinggal di luar lif dan sekali masa kat pasar. Adoiiii... rasa berhenti detik jantung masa tu.
2 comments:
sedap nmp tomyam 2..bole le masak2 & jemput we all mkn2? kah..kah..kahh
-ks-
makkk oiiiii sodap eh tom yam merereh air riur...thee he he
Post a Comment