Sunday, September 3, 2006

Birthweek

Keke, seronot sebab si Shaiful Naim budak comel yang perasan diri dia comel (ada plak dia tunjuk gambar dia lepas tu dia cakap kat aku, "comelkan ipul'.) dok cakap hari Khamis nie harijadi Makandaq.

Esok harijadi kakak, Atika Syaza. Kakak tengah ambik UPSR, Farhan anak kak ja pun. Semoga berjaya.

Hari Khamis nie jugak harijadi my bestest fren, Ana. Kami lahir pada hari yang sama, ya kami memang mempunyai jiwa yang sama walaupun karakter ada lain sket, tapi perangai gila-gila satu wavelength.

Selasa lepas dapat surat kenaikan gred, wow aku sekarang boleh apply post manager. It fees wonderful and complete. Terima kasih pada boss, disebalik semua susah payah berboss kan boss aku, banyak sebenarnya ilmu, kemahiran dan pengalaman yang amat bernilai untuk aku.

Rabu & Khamis, konvoi merdeka Puteri Umno & MAYC, Banting-Tg Karang-Lumut-Kapar-Banting. Hectic tapi absolutely enjoyable. Tq Berry, dun forget ajak aku lagi, insyaAllah kalau takde aral sure on punye.

Jumaat, finally managed to get a pair of shoes for hantaran tunang (gue tak sure hantaran tu refer utk wedding jek or tunang sekali) after dreadful hunt in KLCC and Jusco, I only had to go to Sogo. Tapi Jumaat, sabtu & ahad bad mood gila-gila ngan H. Malas nak SMS dia, call mmg sorry naik lorrylah, kesian cik abang, sib baik dia tu sabar dan baik sanggup gak singgah rumah walaupun muka aku toye jek.

Sabtu, Syoknya Familii d'Rimba di FRIM, kelab kat ofis nie yang mana gue naib presiden. Ofis nie undoubtly the best place to work. Takkan dapat environment dan kawan-kawan yang sebest JRC.

Ahad, wedding Piza, Selamat Pengantin Baru kawan, H singgah malam tu. Disebabkan rasa bersalah ignore dia utk 2 hari sebelum tu, gue dah bekalkan dia choc chip famos amos yang patutnya utk hantaran tunang. Tuhlakan, aku selalu macamnie, bila aku tau orang tu sukakan aku mulalah aku buat perangai, merajuk, marah dan macam-macam. Oh ye, tempah kek Boston Cappucino kat King's utk tunang. Wedding nanti rasa nak bagi Secret Recipe's. Oh ya gak, dan setuju ngan H tarik wedding kami ialah weekend 5-7 Januari 2007. Yahooooooooo! gue nak kawin gak akhirnya.. hehehe.. takdelah, rasa bersyukur.

Sebenarnya perasaan sekarang ialah sangat-sangat sangat bersyukur dan complete. Apalagi yang aku harapkan. Memanglah sentiasa mengharap pada tuhan, kadang-kadang aku rasa tuhan bagi banyak sangat pulak nikmatNya pada aku. Ya Allah, semoga dengan semua rahmat dan nikmat nie, aku lebih dekat padaMu dan menjadikan aku seorang insan yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Aku janji itu dan aku akan cuba.

5 comments:

sha said...

alhamdulillah... macam2 berlaku dalam seminggukan.. baru ko cakap pasal hantaran tu alih2 ko dah bg kat mamat tu dulu.. takpelah ko boleh beli lainkan.. ko ada nak shopping2 lagi ke sebelum minggu ni.. aku free jek belah malam kalau ko nak ajak aku...

Anonymous said...

ello best fren..
eh, jumaat ni cuti ke? kalo tak nak ajak gi lunching kat SOGO ke, KLsentral ke.. my anniversary tu weh.. haha.. tp akad nikah tu malam kan.. so, malam baru start celebration kehkeh.. ni ada org tanya majlis start pukul brp.. nak usung kamera... kami akan pegi sejam dua lebih awal kalo start pkl 11, kalo pkl tujuh.. kena pi tido sanalah.. haha.. lawak je, kesas dekat je dari rumah... wedding dah confrim ye? org yg bertanya tu dah plan lepas raya nak beli lense baru utk indoor, sblm dia dia tak byk amik gambar indoor... buat la garden wedding bawah pokok mangga.. ada buai tu kan... tapi jgn pakai baju kaler pink!!!!!!!!!

Anonymous said...

alhamdulillah!congrats my friend! glad that everything's coming to place and that you're happy with your life right now & feel blessed! happy birthday & good luck for your coming engagement. I'm sure everything will be fine & will be a day to remember.
Kak Pah

Anonymous said...

makkkkk oiiii nic!!! nasib baik tak kencing manis akak. baru je beberapa ketika tak ke sini.... dah nak betunang?????? Maha Suci Tuhan.... tahniah... Kawen jgn lupa ajak plak ya.

Anonymous said...

nikmat dariNya memang tidak terhingga :)