Ala omak kawinkan aku
Aku cuti harini, cuti ganti dan jugak saja cuti coz annual leave aku ada lagi 22 hari. Aku bukanla jenis yang workaholic sampai taknak amik cuti. Tapi kebetulan tahun ni ada cuti belajar, so aku banyak amik cuti belajar sebab memang nak belajar pun kan. Tengok rancangan TV1, Hawa dan topik hari ini ialah kawin lambat. Sudah pasti ditujukan pada perempuan. Aku tengok apa
pengisian dia. Laa, balik-balik kenapa perempuan kawin lambat dan keburukannya. JArang sangat aku terjumpa artikel kawin lambat yang cuba menyelesaikan masalah ini. Okay, Doktor Mashitah pernah bagi tips-tips memikat lelaki, dan ramai yang cakap jadilah seperti Siti Khadijah apa salahnya meminang lelaki, well.. first, hello..Siti Khadijah tidak meminang nabi
Muhammad SAW, beliau cuma merisik sahaja dan Nabi Muhammad SAW tetap lelaki yang memulakan langkah untuk meminang. Yang kedua, adake lelaki yang mahu mengikut sunnah nabi dengan menerima lamaran seorang perempuan. Susah sangat nak jumpa. KAlau baca novel-novel tu semuanya perempuan yang terhegeh-hegeh kat lelaki tu dan semuanya watak
jahat.So, of courselah persepsi orang lelaki pada perempuan yang berani approach diroang nie pun adalah perempuan yang tak tahu malu kot. Realiti dan idealitinya, mesti orang lelaki yang kejar perempuan, ini terbukti dalam semua novel especially novel Alaf (I am sorry, tapi at this stage aku dah muak dgn novel yang menggambarkan perempuan yang perfect anak dato' anak tan sri lelaki yang muda hebat dan ada BMW - realiti graduan bekerja pada masa kini, setakat beli wira paling canggih pun waja).
Ohh, berbalik pada isu kawin lambat tu. Tuhla, kalau baca blog, baca forum.. kebanyakan masalah wanita ialah lelaki yg ego dan mencari yang lebih baik. Sebab tu ramai wanita yang berada dalam dilemma hubungan. Yelah, aku tak salahkan lelaki, pasti ada wanita yang memilih jugak mcm CT yang memilih Datuk K daripada Abg Asmara, Fadzley. Tapi, kebanyakan yang aku jumpa, friends around me lelakilah yang sangat mengharap yang lebih. My fren, Rahim yang ada few single guy frens cakap kat aku yang kawan-kawan dia cuma nak girls yang berumur 26 thn ke bawah, walaupun diorang dah 35 yrs old. keekk, whadda, tapi yelah, we understand yang lelaki makin tua makin berharga (yolah tu, harga mungkin pada duitnya, tapi definitely bukan pada kesihatan kecuali kalau yg gie gym like Kevin z and my radja tu kot). Sebab tu lah, wanita jadi takut nak memulakan sbb kemungkinan besar lelaki akan menolak. Lagipun semua orang pun kata lelaki kalau dia suka, pasti dia akan mulakan. Yelah, mungkin sbb lelaki
mempunyai banyak sangat pilihan, so takkanla yang senang-senang terima jek kan.
Selalunya jugak lelaki yang tak serius dalam perhubungan. Contoh? Aikk Mawi lah. Kesian tunang dia dok tunggu, tapi dia asyik sibuk ngan karier. Alah, bukan susah amik cuti sehari dua untuk kawin, yang lain dia boleh hire wedding planner.
And lagi satu, lelaki boleh mengecewakan dan berpeluang untuk balik ke jalan yang benar, tapi bukan perempuan. Maksud aku, contohnya suami orang yang ada affair dgn perempuan lain (eg: suami datin yang main tarik rambut ngan artis). Pasti salahnya pada perempuan yang jadi orang ketiga tu. Lelaki berpeluang kembali pada keluarga dan tinggalkan perempuan tersebut, walaupun kadang-kadang perempuan tu dah tido ngan dia. Oklah, salah perempuan tu sbb merampas laki org dan menyebabkan si isteri whom is perempuan menderita. Tapi, si isteri dgn memaksa suami tinggalkan perempuan tu, bukanke telah menyebab perempuan lain jugak menderita. At least kalau dia bagi suami dia kawin, dia dah menyelamat maruah seorang perempuan. hehe.. senanglah gue ckp ye. Tapi insyaAllah, dalam banyak-banyak dugaan, aku berdoa janganlah tuhan duga aku dgn menyukai laki orang. Serius wo, kalau dilayan mmg terjebak punya, tapi so far aku boleh pegang pada prinsip tak akan bercakap tentang hal peribadi dgn laki orang. That is the key. Sbb once kita ckp tentang personal, tu lah bermula hubungan lebih dari rakan sekerja/formal. Tapi we have to admit, dgn membenarkan lelaki kawin lebih dari satu, kita mungkin dapat mengurangkan masalah kawin lambat. Kekekek.. alahhh.. kemampuan setakat duit tu wanita sekarang ada pendapatan yang cukup. Yang penting, kemampuan berlaku adil kots. opps,, jgn marah gue. Gue pun taknak tau.. gue kan ckp yang aku berdoa pada tuhan jgn diuji yang ini. Cukuplah ujian jodoh lambat, tapi bukan yang nie.
LAgi satu, aku rasa isunya ialah status dan inferiority. Very obvious, wanita-wanita zaman sekarang mempunyai kedudukan dan tahap pelajaran yang bagus. Kalau setaraf pun dengan lelaki tu, tapi selalunya wanita lebih menonjol dari segi kebolehan dan bakat. Alah guys, dun worry. As long as korang pun mempunyai sikap yang sama ingin memajukan diri, kenapa nak rasa rendah diri pulak. Setinggi mana wanita tu, kuasa masih di tangan lelaki kan. sO, jgn lupa gunakan tu. Maybe lelaki sekarang banyak lupa kuasa yang ada pada diroang kots. KAlau perempuan tu nampak ego and queen control, korang kena lagi ego dan guna kuasa veto, sure perempuan takut kan. Its all about keyakinan diri dan usaha memajukan diri. Mungkin ini adalah cabaran untuk lelaki Islam supaya lebih maju dan jgn ketinggalan. Kadang-kadang gua terpikir, macam kelas Master gua apsal most of the students are girls, kenapa orang lelaki taknak sambung master. Takkanlah takde masa sbb kelas tu weekend and kalau nak ponteng pun boleh janji amik exam and yet, exam pun boleh arrange. Kalau takde duit tu sangat tak logik coz budak-budak kelas tu ramai amik loan Bank Rakyat.
Family arrangement? I can say that nowadays kebanyakannya bukanlah wanita tapi lelaki yang tak suka jodohnya di atur. Ini testimonial dari my guy colleague (dah byk kali emaknya carikan tapi masih tak suka).
So, lelaki.. kalau korang cuba nak menolong wanita, kalau kroang menyokong dasar kerajaan utk 70 juta penduduk dan memperjuangkan Islam dgn mengurangkan andartu, apa kata korang jgnlah ego sangat bila ada perempuan minat/approach. Kalau nak wanita ikut cara Siti Khadijah, kroang pun kenalah ikut sunnah Nabi kan.
Dan apa kata korang tak perlulah memilih dan malu, kahwinilah minah2 single yang kalau tak jauh pun yang ada dekat dengan korang (of courselah ini untuk lelaki bujang, lelaki pak dud dan lelaki yang mampu berpoligami). Dari dok point finger pada perempuan, sepatutnya peranan nie di ambil oleh lelaki. Dari dok suruh perempuan memikat lelakilah, tampilkan imej menarik lah, jgn memilih lah dan macam-macam lagi tekanan, bukanke sepatutnya seru kaum lelaki nie utk jangan jadi gay, jgn memilih, jgn ego, jgn mengecewakan perempuan, jgn suka flirt around, jgn bertunang lama-lama, terimalah pilihan keluarga, taulah yang Terry Henry, wayne rooney walaupun tak hensem tapi ada awek-awek power-power punya, tapi bak kata my fren, Zul pandanglah dari hati bukannya dari mata.
4 comments:
wah... panjangnya... ko cuti yer semalam, aku teragak nak ko call ko tapi tak sempat.. aku suka topik ni.. suka, suka sangat
tapi tak nak komen banyak2, entahlah malas dah nak fikir kot.. ajal pertemuan di tgn Allah. Ada hikmah disebaliknya..
pjg lebar but nice!siyesly..setuju dgn pndpt akak....
tp kn akak... lately byk btoi mulut2 yg x berinsuran...dok ngata ly jual mahal.. astaga.. drg xtaw per yg ly rasa... menci laaaaaaa :P
ingat akak nyer saranan masa kat pangkor tu hari tak? incase kalau lupa... kalau umo 27thn, kena carik laa lelaki umo 12thn... supaya ngam-ngam mcm siti khadijah dan nabi s.a.w dulu => dia 40thn, nabi 25thn :p
pearl.. perfectlah nick tu..
ly.. mulut-mulut mmg kita takleh nak buat pape pun..s o, abaikan jekla biar dia pegi bersama angin lalu.. kekeke..
kak elaira.. mmgle sangat betul ye... lelaki patut terima perempuan lagi tua baru ikut sunnah nabi..
Post a Comment