Monday, January 16, 2006

KFC fish sandwich
I am craving for this latest KFC meal. But, I want to write about singlehood or more precisely, spinster? Aku penah tulis dulu yg anak dara tua tu bergantung pada perception. Kalau anak dara tua tu merujuk pada perempuan yang dah berusia diakhir 20an yg belum berkahwin. Ya, aku lah tu. Tapi, kalau andartu tu merujuk pada perempuan yang dah berusia diakhir 20an yg belum berkahwin dan yg dikatakan memilih, sombong, ego, suka marah, sensitif dan lain-lain. Then, bukanlah aku.

Akhir-akhir nie isu pasal andartu ni hangat diperkatakan lebih dari selalu. Isu ni memang tak penah selesai pun. Sama macam isu penjanaan tenaga nuklear di Iran tu (takut plak ntah-ntah lepas ni Iran pulak kena serang). Macam-macam pendapatlah yg dikeluarkan dari pelbagai pihak. Dan yang menjadi mangsa, golongan macam aku nie le. Wanita professional berusia yang tak kawin lagi. Tapi yang pelik tu, takde sapa pun yg cuba menyelesaikan masalah nie or at least bagi idea untuk mengurangkan andartu kat Msia nie. Sebenarnya, ramai gak lelaki yang masih bujang, contohnya kat ofis aku nie jek ada 3 orang lelaki berusia lewat 20an and awal 30an (tapi, janganla tanya apsal diorang tak terpikat ngan aku padahal aku sorang jek awek coz aku pun taktau). And diorang nie mmg takde gf. Hmm, aku nie geng laa gak ngan diroang, cuma kalau nak cite bab-bab personal tu kureng sket. Malu laa woii. Orang akan ingat aku saja nak tekel. In fact, aku dah penah try get close ngan one of them, but failed. hhahaha.. see, get the point. Masalahnya perempuan dan lelaki bujang nie tak bertemu. Masing-masing malu. Ramai sebenarnya kat luar tu. Kadang-kadang bila jumpa pun malu, susah nak luahkan hasrat dihati. Tapi, tempat yg yg ramai wanita single, semua lelaki dah berkahwin dan sebaliknya. Adalah orang kenal-kenalkan, tp yelah bukan senang nak jumpa yang serasikan. Kalau baru dikenalkan sorang, terus serasi mmg sudah rezeki dia.

So, kenapa takde pihak macam jabatan agama Islam atau Kementerian belia dan sukan or Kementerian wanita nak buat khidmat perkenalan/mencari jodoh yg boleh dipercayai. Sekarang nie klu ada pun kat internet yg kadang-kadang takut nak masuk. Alah, tak perlulah sampai ke peringkat kementerian, company-company besar yg ada biro agama pun boleh sediakan khidmat tu kan. Sebagai golongan professional, berapa sangatlah bayaran tu kan yang penting khidmat tu dilakukan secara jujur dan ikhlas. Aku yakin sbb kat company aku nie pun selalu jumpa orang yg single, tp sogan weeii nak kenal lebih-lebih dari pasal kerja. So, kalau kita bersedia menggunakan khidmat sebegini, maksudnya kita dah ada hasrat yang sama. So, bila kita dikenalkan dgn pasangan kita tu, kita dah tau apa niat dia, tak perlu lagi nak rasa confuse, tertanya-tanya, he loves me-he loves me not ke.

lagi satu, teori Six degrees of Separation. Yang setiap orang mesti berkait dgn orang lain dalam 6 orang macam tu. Maksudnya, setiap orang mesti berusaha kenalkan kawan-kawan dia yang single. Kadang-kadang bukanla dengan kawan kita, maybe dengan kawan kepada kawan kita. Sebabnya mungkin kawan kita tak serasi, tapi manatau kawan kepada kawan kita tu pulak yang serasi. Tapi kena bersikap rational dan open-mindedla kan. Janganlah kalau tak menjadi, salahkan orang yg tukang kenal ke atau bermusuh-musuhan. Kita kena terima yang tak semua orang sesuai dgn kita, tapi kalau kita tak cuba, kita takkan jumpa orang yang sesuai dgn kita. Good luck to all singletons out there..

3 comments:

sha said...

aku suka ngan entry ko ari ni & aku sgt2 setuju, apakata.. ko cuba bukak topik kat forum tentu ramai orang bagi pendapat. Pendapat aku
1. Aku dulu keje kilang ramai orang cuba kenai ngan aku tapi bila diorang tahu sebenarnya aku budak U yang cuba carik pengalaman dari bawah diorang terus menjauhkan diri dengan alasan tak padan padahal aku tak kisah walaupun dia operator (salah sapa tu yek)
2. Lelaki ada ego masing2 begitu juga ngan perempuan, w'pun orang kata sekarang tak kisah kalau perempuan yang cuba tackle dulu tapi kalau takde respon dari lelaki tu nak wat camner
3. Aku pernah kenal ngan lelaki yang berumur 36 tahun , tapi dia seperti belum ada inisiatif utk berumah tangga, aku nak buat apa takkan aku nak tunggu... oh no...
4. sorry kalau komen aku terpanjang, sebenarnya banyak lagi tapi takut lori topiclah kalau komen banyak2 heheheh

Nic said...

tulis jekla pepanjang, aku suka baca. aku nak eloborate lagi tadi, tp tak sempat. Nway, takde manusia kat dunia nie yg taknak kawin. Bukanla kita memilih or sombong or ego whatsoever, maybe juz blum jumpa jodoh dan yang serasi. sebab tu kena mencuba setiap kali dan bersikap terbuka.

e1 said...

kalu suka last samurai.. mesti suka jugak ini Geisha.. layan Kat GSC OU.. baru best.. kerusi besar.. ruang kaki pun best.