Monday, January 9, 2006

aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha

Dulu, sebelum emak pergi menunaikan haji, aku jarang mengambil tahu tentang perkara haji. Alah, kalau tahu pun sebab belajar di sekolah agama dulu. Kami pun tak pernah menyangka emak dapat menunaikan haji secepat itu, yelah, keluarga kami bukan orang senang. Bila emak buat pertama kali pergi sejauh itu, aku mula rasa ingin ambil tahu bagaimana agaknya keadaan tempat yang emak pergi tu, Jeddah, Madinah dan Mekah. Alhamdulillah, tuhan buka pintu hatiku untuk makin dekat ke sana. AKu mula simpan azam untuk menunaikan umrah. Aku mula buka mata bila ada rancangan tv atau perkhabaran tentang tanah suci. Aku mula tahu sedikit demi sedikit rukun-rukun umrah dan haji.

Syukur yang amat sangat, impian aku tercapai pada tahun lepas. Dan sesungguhnya demi Allah, hidup selepas menunaikan umrah sangat bahagia dan sejahtera. Biarlah besar mana dugaan menimpa, InsyaAllah aku tabah untuk hadapi.

Sekarang, hari ini.. pagi raya ni.. Air mata berlinangan, bukan sebab sedih ke apa, tapi sebab aku rindu pada tanah suci. Bila menonton rancangan aidiladha di tv, diri ini terasa seperti dipanggil untuk ke sana semula. Aku rindunya suasana pertama kali menjejak Jeddah, khemah-khemah sementara yang didirikan untuk jemaah haji, sinar mentari seawal 5 pagi, lebuhraya yg
dikelilingi bukit-bukit batu dan gurun, pengembala kambing dan unta bersama ternakannya, kereta-kereta yang tersadai di gurun, tempat-tempat rehat dgn hamamah an-nisa (bilik air wanita), deruan angin yang menjamah kulit, air teh dan jus pekat untuk membasah tekak, wanita jelita arab yang berselindung disebalik jilbab, pepohon tamar, apatah lagi kemodenan Madinah dan Mekah.. ahh, setiap perkara terperinci masih boleh aku gambarkan di ingatan. Walaupun memori gambar yang aku tangkap di digicam telah hilang, tapi semuanya masih segar seolah-olah never-ending roll of film in my mind.

Ya Allah, aku berdoa padaMu semoga aku dapat menunaikan haji seawal mungkin. Aku tak sabar lagi untuk kembali ke rumahMu. Berada dirumahMu seperti berada di pesta dan keraian yang amat indah dalam hidup ini. Seolah berada di syurga. Aku nak pergi bersama seorang suami. Kalau dengan seorang mahram, bolehla berjalan lebih jauh menghayati keadaan dan
budaya tempatan di samping beribadat. Takyahla terikat pada travel agent. Bolehla mengerjakan umrah sekerap mungkin dan beribadat dekat dgn Ka'abah. Spiritually pun semakin kuat utk beribadah. Hehe, kelakar ke. Tapi,seandainya takdir tidak mengizinkan, takpe. Aku nak target pergi haji dalam usia 35 thn. Lagi 6 tahun kan, mana tahu lebih awal. InsyaAllah. Amin.
Berry, jom!

Ada ofer untuk bertukar kerja ke bahagian dan tempat lain. Bahagiannya, CSM, tempatnya Cyber Jaya. Hmm, mungkin sesuatu yang menarik. Mungkin ini peluang to turn over new leaf. Mungkin ini rahmat Aidiladha kali nie untuk aku. LAgipun selepas 5thn lebih mengharungi hidup di KL, ini peluang terbaik untuk take a break from hustle bustle of KL (bolehkeee, coz I am blended very well in KL). Tapi, best jugak sebab dekat ngan kakak di Kajang, Kak Ja di Sri Kembangan, Kak Pah sume.
Tengoklah nanti.

2 comments:

sha said...

Aku doakan hajat ko kesampaian, aku target lepas kahwin kumpul duit sama2 ngan hubby, kalau ada rezeki gi.. tapi takut kesian kat anak pulak, hehe berangan.. kot manalah tahu kahwin tahun ni, semalam gi rewang kat surau ada makcik nak kenalkan ngan anak sedara dia... ahaks.. asyik berkenalan jek.. fed-up aku.. insyaAllah, kita berdoa sama2 yek

Nic said...

kak maz.. kita jek yg decide bila nak sahut seruan tu kan.. ala rindu sangat nak baca tulisan akak nie..nak tgk muka alya sure dah anak dara tu.. akak dah tak tulis blog ke?