Tuesday, November 1, 2005

aidilfitri

Menjelang Aidilfitri
Dan berakhirlah Ramadhan tahun ini. Hari raya disambut dengan gembira. Yeye, hari yang paling menggembirakan dalam hidup akan menjelma sekali lagi. Biarlah masa berlalu dengan perlahan sebab aku taknak hari itu pergi dengan cepat. Dalam rasa gembira yang terindah, tetap ada sedih yang tak terucap.
Perkara yang akan aku rindui selepas hari raya pertama:
1. Saat kami seisi keluarga hendak ke surau, emak dibonceng dengan Abang Zul, aku membonceng Shaiful (maybe nie je masanya aku bawak motor), Ejal bergaduh dengan Along pasal motor dan Angah telah pegi awal (taktaula pegi surau ke pegi main).
2. Sebaik selepas witir, aku terus tersandar di dinding.
3. Setiap tahun, pasti ada sehari yang termiss sahur.
4. Hari buat dodol.
5. Anyam ketupat.
6. Lagu-lagu nasyid Ramadhan - Ramli Sarip, Raihan, Ahlan wasahlan Ramadhan - Rabbanni, Ramadhan - Saujana, saf-wan, UNIC, In-team etc.
Semoga berjumpa lagi di Ramadhan akan datang. Alhamdulillah, aku cuma berbuka 2 kali di luar. oh ye, happy deepavali untuk Ganesan.

1 comment:

sha said...

samalah ngan aku bila time beraya rumah sedara mara semua pun tanya soalan cepu mas, nak kata aku xde perasaan mustahillah tapi aku dah boleh terima setelah umur meningkat.. apapun raya ni memang tak terasa kmeriahan lgsung. Ramai orang kata aku terlalu memilih tapi bila aku dah start utk menyukai seseorang dan bila mereka tahu siapa aku mereka terasa segan lak dengan aku, kenapa yek aku pun manusia biasa.... :'(