Thursday, October 27, 2005

Rumah Silaurahim Nurul Qanaah

Takut jugak nak buat cerita nie, takut ada ofismet search and terjumpa blog yang penuh skandal ni. Dahla blog belonged to the most vogue personnel in the office.
Projek Salam Ramadhan utk Nurl Qanaah nie aku yang work hard. Alhamdulillah, projek ni berjaya. Semalam kami ke rumah anak-anak yatim, anak-anak fakir dan muallaf di Batu Caves, Gombak. Ada 23 orang kanak-kanak yang berusia antara 4-13 thn. Aku rasa rumah nie belum establish sgt, sebab tu keadaan rumah tu agak sederhana. Cuma rumah kedai 3 tingkat, cuba bayangkan. Anak-anak disitu takde halaman utk berlari-lari dan bermain. Sepanjang masa dihabiskan di dalam asrama dan ruang tamu kecil.

Semua anak-anak itu dijaga oleh sepasang suami-isteri yang isterinya ku kenali sebagai Nenek Esah. Besar ganjarannya jaga anak-anak. Very touching. Taktaula apa agaknya perasaan mereka disebalik muka yang sentiasa gembira tu. Aku and Mr Presiden kelab menyampaikan duit raya dan ketupat yg aku isi dengan coklat dan gula-gula. Bila aku pegang bahu budak-budak tu, terasa tulang seolah tak bersalut daging.
Menurut Nenek Esah, semua kos disitu dibantu oleh orang-perseorangan, ada beberapa hamba Allah yg tak mahu dikenali yang menyampaikan bantuan secara tetap. Rasanya kemudahan semua agak lengkap walaupun tak mewah, tapi budak-budak tu tak penah keluar jalan-jalan. InsyaAllah, kami akan usahakan untuk bawa ke muzium Tekom atau menara KLL.
Aku doakan semoga semuanya akan besar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Rasa nak peluk sorang-sorang and keep them safe and sound. Teringat dulu masa adik bujang aku, Faizal jadi anak yatim dalam usia 9 thn.

http://pkrsnaq.tripod.com


Hopefully, aku ada peluang nak update blog next week. Ingat nak masukkan streamyx ke rumah, tp asyik lupa nak minta sign boss (staff package). Nampaknya bil dial-up TMNet la yg melambung nanti ni.

Oh ya. Kalau tak jumpa lagi. Salam Aidilfitri to all.. especially to my frens yg baca blog nie, ever grande Berry, wonderful Kak ani and Ana, hope-to-see Kak Maz (ehhh dah balik Msia ke), never-give-up Ame (happy festing? heheh.. raya sakan), truly Kak Izni, campmate Syah, E-1, Op, Kak Shil, Fuad, Guest of Allah this ramadhan Lily, oohh... Rizal and luved pakcik..
Minta Maaf atas segala salah silap dan halalkan apa-apa yg terlupa..

Dipagi mulia nie, hatiku kosong dan sepi sekali... takk, HAri raya is the other happiest day every year (remember? other than my birthday)..

4 comments:

Coco said...

kak Nic:

Eid Mubarak. Maaf zahir batin kalau ada tersilap kata terkasar bahasa.

p.s. the trip was great. Alhamdullilah, rahmat Ramadhan & Syawal. InsyaAllah, doa-doakan kami di sini.

xoxo, ame

Anonymous said...

hai nic selamat hari raya maaf jika ada buat kesilapan kat ko selama ini tapi rasanya tak hehehe,tahun nie aku kerja macam biasa takleh nak meronda dah la tuh demam plak ,nie pon masih kejer tak cuti lagi,,harap ko beraya penuh meriah tahun nie .salam buat family ko dan sesapa yg kenai aku ,nak jemput mai umah aku takdak kuih hehehe ,takyahla mai

Anonymous said...

sob sob sob
terharu baca entri ni sebab you remember my nick kat rumah even you went there like, 7 years ago!!!
Kita kan tengok bola sama-sama nak tengok France ke Brazil menang. Tapi terjaga lewat sebab borak lama sangat sambil ambik gambar sendiri. Hehehe... Tak sangka France menang, macam orang tak cukup kamera la encik kameraman saya :)

Nic said...

Zudin.. ko nieee.. ko dpt tak sms aku masa raya? tak buat open house ke.. klu ada jemput tau, aku nak dtg... Selamat hari raya din.. Ko alwayz in my mind..