Wednesday, September 28, 2005

worksout

Work all out this week

This week is last week in the gym before stop awhile for puasa. Eiih, dah nak Ramadhan lagi. Seronoknya. Antara sebab-sebab kenapa aku suka Ramadhan,:

  • Takde setan, so rasa selamat dan kurang gangguan
  • Pose, so rasa kurang bersalah sebab tak makan banyak (tapi rasa bersalah sebab sahur mkn nasi lepas tu tido.
  • Boleh terawikh dan jumpa jiran-jiran (time ni je pun nak jumpa jiran, kalau tak, jiran belakang rumah pun tak kenal).
  • Boleh moreh (nyum-nyum selalu ada orang sedekah nugget and addicted to kopi surau).
    Beribadat extra dan rasa dekat dgn tuhan.
  • Solat terawikh 23 rakaat sambil exercise tangan dan kaki.
  • Malam yang sangat bererti sebab suasana yang meriah dgn aktiviti ugama.
  • Berbuka pose dgn emak dan adik (kalau tak selalu, sorang-sorang makan depan tv).
  • Ada solat terawikh dari Mekah (Suara imam umpama lagu yang amat merdu menjadi halwa telinga, terpikat aku dgn pak imam sana).
  • Drama tv yang best-best, (ingat lagi, rumah kedai, summayah, Ramadhan).
  • Lunch hour tengok gelagat orang ramai di Jln Masjid India dan Jalan TAR.
  • Boleh jumpa banyak barang yang jarang jumpa di bazaar ramadhan (maybe tahun nie boleh prepare barang-barang utk kawin.. hahaha, coz tawun lepas menyesal tak beli sarung kusyen yang boleh dijadikan alas dulang (dulang dah ada utk disewakan, bleh sewakan alasnya sekali - sekali ngan promo pasukan kompan (alasan))).
  • Boleh solat tahajjud masa bangun sahur (selalu tak penah pun dapat buat).
  • Tak payah nak gosok gigi kat ofis (sebab tak makan kan).
  • Time uzur, boleh makan megi (selalu takde can).
  • Hantar kad raya (aku nie klasik sket, suka antar surat).
  • Peluang utk beli sutera trengganu utk baju raya.
  • Buat kuih raya (bila lagi nak test skill) dan kuih berbuka.
  • Boleh balik cepat dari ofis (5.00 pm).
  • Dengar lagu nasyid dan lagu raya (Aduh Saleha pun kalah time ni).
  • Majlis berbuka sana sini(Tapi i dun really like it sebenarnya coz susah nak solat terawikh).
  • Boleh beli bunga (tahun nie nak ganti bunga utk satu pasu tinggi tepi dinding).
  • Bersedekah, bertadarus (bulan ramadhan aku baca Quran lebih dari biasa). Kalau tak, selalu punyalah liat.
  • Takyah work out.. yahooooo... Takyah penat-penat buat cycling, body step dan angkat heavy load during body pump atau tergeliat lipat badan utk yoga.
  • Lepak-lepak waktu pagi takyah masak utk tengahari (hehehe, like i cook pun).
  • Boleh ajak that special someone berbuka dirumah (hendakkah dia).

    Tak sabar menunggu Ramadhan. Cepatla datang dan lambatlaa pergi. Aku ingin menikmati ramadhan sepenuhnya.
    Ada lagi apa-apa sebab u guys suka ramadhan?

4 comments:

Anonymous said...

nak tambah satu jek
-boleh tersilap dlm gelap off snooze henpon, lepas tu kata dlm hati, kejap lagi bangun, lepas tu, dua2 miss sahur, esoknya tengok je lah budak kecik makan dengan bestnya.

-kak nani-

cik said...

boleh call msia masa sahur boleh bertukar-tukar cerita lauk berbuka dan bersahur.

hari ni nak call travel agent book tiket balik tiga beranak.

Anonymous said...

kak Maz balik Raya tahun ni? kalau ye, boleh saya singgah ke AStar kalau sempat. PakMak menakan Yasa ramai kat A. Star. Saya suka pergi pasar rabu, beli kuah rojak buah :)

-nani-

Nic said...

Kak Maz... Blog dah takleh baca lagi..
Sempat balik umah berbuka ke kat sana? nic selalu makan hersey keranda jek dlm kelas.. heheh