Monday, July 11, 2005



Sehari di Karangkraf 01.07.2005

Memang berbaloi mengambil cuti pada hari ini walaupun agak keberatan sebab cuti tahunan yang tinggal sisa-sisa. Sebagai ulat buku, aku selalu terfikir bagaimana agaknya buku dan majalah dihasilkan. Dari mana diorang dapat gambar yang dimuatkan didlm majalah dan berapa lama masa yang diambil utk mengeluarkan sebuah novel ya. Oleh itu, bila datang peluang melawat ke KARANGKRAF, memang tidak akan dilepaskan.

Sebelum ini aku pernah ke Creative Enterprise semasa tingkatan 4 dulu, tapi yang itu cumalah penerbitan untuk majalah (pada masa itu). Oh ya, pasa masa itu aku bertemu kartunis Gayor buat pertama kali. Dan kedua kalinya di Karangkraf selepas 12 thn.

Sebelum itu, terima kasih Geju kerana menganjurkan lawatan yang best nie. Dan terima kasih yang tidak terhingga pada Karangkraf, pada En Norden,Kak Sri Diah , Kak Saadiah, Kak Ruby, Kak Wan, Faizal, terutama Tuan Haji Hishamudin atas layanan yang super duper mesra. And u guys really have great sense of humor.

Aku memang suka baca novel, tak kisahla apa jenis novel. Ada musim, kadang-kadang aku suka baca love story, kadang-kadang autobiografi, ada musim aku gila cerita misteri. Tapi aku tak kisah novel Inggeris atau melayu, dua-dua pun boleh masuk. Ada juga novel English yang tidak ditulis dgn baik.

Ada peningkatan mutu penulisan novel melayu. Dah bukan lagi macam dulu bila orang langsung taknak pandang novel melayu, tapi sekarang cubalah baca sebuah, pasti akan membaca lagi. Aku sudah membaca hampir semua tulisan Norhayati Ibrahim (miss 1 atau 2 je), semua Aisya Sofea & Fauziah Ashari, Sharifah Abu Salem, Damya Hanna, dan few of Ramlee Awang Murshid. Aku baca jugak yang tulisan Pak Sako, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A samad Said, as long as it is reading material, u tell me.

Sebab aku teringin sangat ke Karangkraf:
1. Aku prefer Media Hiburan than URTV.
2. Aku tak penah miss baca Mingguan Wanita & Keluarga walaupun Cuma pinjam.
3. Aku belajar dgn Dewan Pelajar, Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat.
4. Aku selalu beli buku-buku masakan, petua dan motivasi utk hadiah harijadi atau perkahwinan (tho I don’t read them).
5. Aku nak jumpa kak Sri Diah sbb aku baca sume novel dia.
6. Aku salah sorang yang terkena demam novel ALAF 21.
7. Aku mmg ulat buku. I can spend all the time surrounded by books.

Banyak ilmu yang aku dapat dari lawatan tu.
1. Production of a novel ambik masa 3 bln dari proses manuskrip – editing- grapic …….


I got to meet the author that I admire the most, Kak Sharifah Abu Salem. I really adore her for her story that always different from others. I think she is very successful writer. Ramlee Awang Murshid is so gorgeous. Fit the story in his novels.

In conclusion, the visit is so worth it.

No comments: