Tuesday, December 28, 2004

Scraps on Tuesday

Tak sedar langsung bencana tsunami seteruk itu sampaila hari isnin. Coz hari Ahad tu ada gath Geju, dan dlm kemeriahan gathering tu tak perasan langsung hujan yang turun sebenarnya membawa khabar yang bumi kita di landa bencana. Petang tu bila ke rumah Nakwa kat Kajang, dia bagitau yg sedara hubby dia kat Medan sume di landa gempa bumi. Rumah retak-retak, tp aku ingatkan cuma Indon yang di landa. Rupa2nya satu Asia Tenggara. Apalah nasib my family kat Kerala, coz kerala di Chennai dan aku doakan sume orang selamat. Takut rasanya saat nie, juz bayangkan kalau kita yg tengah picnic, alih2 ombak besar hanyutkan kita. Rasa ketakutkan melangkaui bayangan orang-orang yang tengah mencari rezeki di laut dan tiba-tiba hilang dlm ombak. Dan juz imagine klu harta mende yang musnah tu aku punya, macamana aku nak pegi kerja klu takde kereta... Dan tiba-tiba jek takde laptop, DVD player, baju-baju yang mahal tu semua. Apa rasanya klu kita tgh hidup sihat-sihat, bergembira, masih dgn orang tersayang tiba tiba jek dlm sekelip mata kita dah berada di alam barzakh. Ya tuhan, takut bila terfikirkan saat tu. Rasa bersyukur sbb sekarang nie aku masih terpilih antara orang-orang yang selamat. Tp, kadang-kadang aku terpk, adakah aku akan hidup mcm mak aku, sampai hari tua, sampai ada cucu, sempat menunaikan haji, sihat masih boleh bawak motor pergi pasar and all that.
Syukur, our datin selamat. Dia kat Phuket sekarang nie, masa tu dia kat kolam renang.
Taktaula, tak dpt nak describe perasaan sekarang nie. Bercampur-baur. Takut, sedih, terharu.. Apa agaknya amaran yang Allah turunkan ye. I hope lepas nie dahlaa jgn buat perkara-pekara mungkar lagi. That day, masa tgk TV3 launch Karnival Sure Heboh utk 2005 tu, Ya Allah.. bencinya. Dahla dia buat tu Khamis mlm Jumaat, Tv1 ada Hal Ehwal Islam, emak aku ada kat surau.. tp TV3 sibuk berpesta kat Sri Pentas. Tadi pun PAS dah antar petition utk kanselkan Sure Heboh next year. Cukupla.. Pak Lah, u are very Islamic, please do something.. Pls stop and ban all these evil thing. Na'uzubillah..

Cerita psl Geju, taktau sebenarnya mcmana nak cerita sbb juz imagine klu masa tu kita tau apa yg berlaku kat luar tu. Mesti majlis tu jadi tak meriah kan. Tp syukur sbb majlis tu ok.. aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. Mcm lagu KRU, semuanyaaaaa OKKKK!!!!!





No comments: