Tuesday, December 21, 2004

Collective stuff

Semua orang mesti ada barang yang suka buat koleksi kan. BArang-barang yg kita takkan buang. Ada orang suka kumpul tiket bas (dulu), tag baju/seluar, kotak mancis etc.

Aku plak, aku suka kumpul poskad. Dari seantero tempat, dan dlm pelbagai bentuk. Masa kat states dulu mmg mcm2 jenis poskad, yang tembaga, yang kayu, yg shining, yang getah etc. Kat Msia, I must say poskad tempat-tempat perlancongan agak mahal. SElalunya mesti RM1.00, kat Labuan lagi dasyat RM2.00 pdhal gambar buruk sokmo. Tapi aku beli gak. Klu kat States, poskad is one of the sourvenir, so mmg murah dah bermcm pattern. SAtu hari nanti bila aku ada rumah sendiri, aku akan framekan poskad dlm satu frame besar.

Lagi satu aku agak suka kumpul beg kertas dan beg plastik. Aku lipat-lipat beg plastik dan letak dlm kotak. So, nanti bila nak guna bolehlaa.. esp beg plastik/kertas yang lawa2. Bukan tu jek, malah now aku mengumpul beg plastik gym, bleh buat bekas sampah.. hahahah. Jahat, tiap kali ke gym aku amik beg plastik. Whaddahek, aku dah byr. Orang lain lagi dasyat, mandi mekap suma kat gym. kadang2 siap bawak anak mandi.. hehehe. Kadang-kadang dtg juz for mandi and mekap.. unbelievable diorang nie.

Yg nie aku tak suka kumpul, tp ntah kenapa aku dok simpan dan tak penah guna. PEN! Aku tak penah beli pen mahal, rasa sume org pun jarang beli sbb akan dpt hadiah pen. Aku ada beberapa koleksi pen hadiah dr vendor-vendor dan orang lain oh dan dr hotel gak (syg, yelah orang jarang pegi hotel.. ). Ada satu pen yang paling aku sayang, hadiah dr Department of EE, OSU masa graduation kitorang. Pen tu lawa, jenis Barlow (teringat Gary Barlow penyanyi Take That yang penah menjadi kegilaan aku.. boy band). Aku syg sgt pen tu.. takut nak pakai. Oh yer, one reason kenapa aku taknak pakai pen-pen tu ialah sebab aku takut hilang. Well, aku nie jenis yang pen senang hilang.PEn dlm handbag tu alih2 tengok dah takde, mintak baru kat kerani.. dahla pen Pilot.

err.. nak balik, esok jeklaa aku post.. stil thinking, going to the gym or straight to home... rasa2nya mcm lapar.. balik umah jeklaa.. malas plak nak ke gym.. aiyaaaa!

No comments: