In the heat of the nite
Yup, aku dah berusaha. Aku dah berusaha satu cara lagi. Dah pelbagai cara aku usahakan. Kini aku tawakkal pd tuhan. Tp aku tahu aku takkan putus asa. Tp aku harap sangat usaha ini berhasil. InsyaAllah.
Pagi tadi kan, aku terfikir satu nama. BS. Ye, aku mmg suka menggelar orang. Tapi aku takleh bagi tau apa maksud BS tu. Biarlah aku simpan sendiri. Tp BS tu merujuk kepada seorang lelaki yg suka bermain perasaan. Ntah kenapa, pagi tadi tetiba jek aku jadi seorang yg kebal. I am not affected by him anymore. Uwek! BS is so pathetic. Buek Malu jo.
Dan aku baru jek dpt satu mutiara kata baru, "People will learn from mistake and misadventure, unless she doesnt have much to do". Kalau kita oppositekan kata-kata tu, " Ppl will never learn from mistake and misadventure because he has nothing to do". Implikasi, kalau kita pernah buat jahat kepada seseorang, even orang tu tak balas dgn kejahatan pun, kita pasti akan berasa tidak tenteram. Maksudnya, orang asyik berbuat jahat pada kita dan akan terus mempunyai prasangka dan anggapan negatif sbb org tu taknak belajar dr masa lalu, dan orag tu takde keje lain yg lebih berfaedah nak buat.
Aku geram betul dgn Laptop aku eerrr, company punya nie. Macam tahu-tahu plak, sepanjang cuti lepas aku tak dpt guna laptop sbb bila switch on jek, ia bagi "Hard Disk error" msg. aku betul-betul dah panic. Sbb, takkanla kena virus kot sbb aku bukannya browse around sgt. Takkanla hard disk rosak sbb baru jek beli laptop nie. And paling aku panic, aku tak dpt nak bayangkan masa yg aku terpaksa kerja keras utk buat balik semua file kerja aku. Uwaaa, tak dptlaa aku nak merayau ke sana sini or balik awal utk main badminton.
Tp pagi tadi bila aku call DELL Tech support, tetiba jek laptop aku ok mcm takde apa berlaku. Bengangnya. Aku rasa mungkin Hard disk dia loose and tak intact properly dgn prosesor ke. Nielaa yang aku malas nak beli gadget2 nie, sbb bila rosak, aku taktau nak betulkan. Nama jek cikgu computer, tp tak pandai betulkan komputer. Nama jek grad in EEE, tp aku juz boleh betulkan remote ASTRO tu jek. Yg lain.. sorry!! Hantar jeklaa kedai.
No comments:
Post a Comment