Tuesday, June 10, 2003

A quick copy
Tak sempat nak tulis, dah tulis perenggan pertama, tp ada sikit isu kat tempat keje yg perlu diselesaikan. So, just ambik artikel dr ruangan aku di kepompom.

I am sure.. Tak ramai antara kita yang penah menggunakan PETI CADANGAN. Padahal, zaman sekarang banyak kaunter-kaunter perkhidmatan ataupun pejabat-pejabat yang meletakkan peti cadangan untuk semua pengunjung. Tujuannya untuk mendapatkan tindak balas dari pengguna.

Yelah, now dah bukan macam dulu dimana pengunjung atau pengguna kurang mempunyai hak terhadap sesuatu perkhidmatan. Dulu, kalau kite nak pegi berurusan ngan kerajaan.. itulah yang paling ditakuti. Tapi now rasa dah ok banyak. Its hard to see muka-muka masam dekat kaunter. Mungkin sebab kerajaan pun dah beri banyak initiative utnutk pekerja diorang.

PAgi tadi, one of my colleague bercerita mengenai bekalan air. Bekalan air semakin sukar, tapi harga penggunaan air semakin mahal. Dimana logiknya. Setiap kali company bekalan air rugi, diorang just naikkan harga air untuk cover kerugian diorang (mungkin same scenario untuk perkhimatan lain jugak). Tapi hakikatnya, diorang rugi disebabkan pembaziran air yg berlaku. Paip-paip air dah lusuh and leaking.. Air meresap ke dalam tanah.

Dikatakan Malaysia mempunyai tahap air yg paling berkualiti dan selamat. Tapi kenapa ramai lagi orang yg komplen air di rumah keruh dan tidak boleh digunakan even untuk membasuh.

Oleh itu, janganla hanya berdiam. Jadi lebih prihatin. Mungkin sukar dan tidak mampu untuk melakukan sesuatu yg hebat yg dapat menambat perhatian pihak berkuasa. Tapi at least.. kite berbuat sesuatu walaupun hanya mengisi sebuah peti cadangan..

No comments: