Friday, May 2, 2003

Citibank and KLCC

Yupp, citibank and KLCC dalam routine aku sekarang. Sebab kalau ke Citibank bayar kredit kad, mesti balik WAJIB singgah KLCC, even tak beli apa-apa. Tp, hmm.. kadang-kadang gie gak KLCC even tak ke Citibank. heheh, nway.. Aku memang malas dah guna Citibank lagi. coz jauh sanagt nak bayar, lagipun yelah.. kempen ban america. Tapi tuhlaa kan, once kita dah selesa ngan sesuatu, kita susah nak berubah kan. Macam tenaga keupayaan yg statik, selagi takde force yang dikenakan terhadap object tu, it wont change its location. Even ada force pun, force tu ada nilainya. Klu setakat tenaga seorang kanak-kanak, belum tentu boleh menolak sebuah kereta. Tp klu bagi kat orand dewasa mungkin kereta tu akan bergerak jugak sket2.

Macam kitalaa kan. Kadang-kadang susah sangat untuk kita berubah. Even ada galakan pun, tp klu tak sampai tahapnya, kita tetap takkan berubah. Yg tu hukum alamlaa kan, A=F/m ; acceleration = force/mass. Seuatu objek akan bergerak kalau ada daya yg bertindak ke atas objek tu. Tp objek tu kenalah ada jisim, klu takde jisim tu.. heheheh... kat outer space kot. Tp yelah, tu secara fizik dan hukum alam. Tp Allah boleh lakukan apa saja yg dikehendakiNya. Klu objek tu tak dikenakan force, tp Allah mengkehendaki objek tu berubah tempat, ia tetap akan berubah tempat.

Pagi tadi kat RMKL 97.2 MHz, ada ceramah yg disampaikan oleh seorang muallaf. Memang best dia bagi ceramah tu, and DJ Manan Selamat tu pun dr dulu masa dia kat RMIK, pastu tukar kat Radio Muzik and sekarang dia balik RMIK balik, aku still suka dia. Ingat lagi dulu, suka sangat cakap, "amboiii". Tak ingat sape nama penceramah tu, yelah.. dengar sambil driving. Tapi kalau tajuk lagu dan nama penyanyi, cepattt jekkk ingatt. Ceramah dia tu mengenai kepentingan berdakwah. Kita selalu lupa ibadah yang satu nie. Berdakwah nie bukanla dengan cara yg serius and besar-besaran. Tunjukkan contoh sebagai seorang muslim pada orang yg bukan muslim pun dah jadi dakawah. Malah, sesama muslim pun kita kena saling ingat-mengingati. Hmm, aku pun sama.. selalu lupa skop dakwah nie. And selalu sempitkan ia dengan.. well, klu kawin ngan non-muslim dan bawak dia jadi muslim.. haaa itu dah berdakwah. Sedangkan sebenarnya ngan berpakaian menutup aurat, tunjukkan akhlak yang baik.. dan sentiasa tunjukkan keindahan Islam tu pun dah kira dakwah kan. Yelah, macam kat ofis nie ada 4 orang non muslim.. so, kita kena tunjuk.. even bulan puasa kita masih boleh produktif. Pastu, kalau ada kematian, kelahiran atau wedding.. kita bagi hadiah and pertolongan. Klu ada kawan yg sakit kat hospital, kita akan ziarah dan mendoakan agar cepat sembuh.
Oh ya, penceramah tu ada mention, klu kita buat majlis keramaian ataupun kenduri.. jgn just jemput kawan2 dan jiran-jiran muslim jek, yg bukan muslim pun kena jemput. Tp yelah, jgnlaa majlis tu dicemari ngan perkara-perkara yang tak elok.. berdansa dan bercampur gaul antara bukan muhrim.
Hmm, last weekend ada jugak satu kenduri kawin di rumah kawan family. Kawan adik aku.. yg menyedihkan, adik aku cerita malam tu siap buat majlis tari menari. PAdahal orang kampung tu.. siap sewa band dari Kajang, orang tua muda semua dok menari sakan. Hmm, pelik tul. Adik aku memang ade sekali coz kakak besfren dia yg kawin. Tak sangka zaman moden nie ada lagi majlis macam tu. Kat kampung pulak tu.. Ntahla.. Yg kelakar tu, pengantin perempuan siap tak tanggal mekap siang ngan rmabut palsu dia sbb nak bawak ke malam sekali.. hmmm... semoga Allah sentiasa memberi petunjuk pada kita dan seluruh umat Islam.. Amin..

No comments: