An apple a day keeps that scary bitter yuccky medicine away
Haa. Sebab lately nie aku witness some of my colleagues and frens had to undergone complicated medical treatment. Takut pulak.
Kak Mis, colleague sebelah cubicle aku kat ofis nie ada kat Spital sekarang nie sebab dia dapat Fibroid. Baru jek kena operate. Dua kali pulak tu. The first one sebab nak buang ovari dia (iskhh, scary aaa.. ). A very sudden news. All this while, shes a very health concious. She doesnt take oil or any form of fat. Kalau kitorang makan sedap-sedap kat pantry tu, dia just makan Quarker Oat for whole day. And yet, dia dapat kanser. Really sorry to her, sebab shes a very nice klik after all. Lepas dia buat surgery buang ovari tu, dia kena infection. So, terpaksa buat second surgery untuk betulkan usus yang tersumbat (huuh, ade pulak surgeon tu boleh cakap dia taktau camane usus tu boleh tercampak kat situ). And kena puasa makan dan minum selama 11 hari. Dan kalau takde improvement terpaksa buat third surgery untuk buang usus dia sepanjang 2 kaki. Luckily when we paid her a visit, she showed improvement and perut dia mengempis, so takyah buat surgery tu. Hope she'ld be fine.
Malam tadi kat TV2, Cinema on 2 cerita mengenai a lady yang kena breast cancer. Lepas tu, terpaksa buang right breast. Tapi husband dia takleh terima and langsung tak support dia masa saat-saat dia perlukan sokongan. Yelah, nak cope up ngan penyakit dia and trauma tu. Lat-last diorang bercerai. And Betty (nama perempuan tu) try seek comfort dari ex-bf dia. But, in the end it was still not a solution, just an escapism. So, she resolved by living alone and wrote a book about her live as a cancer survivor.
It was a touching story and learn a great deal from it. I mean, jangan sangka though kita muda dan sihat walafiat kita takde penyakit. U just never know.
Nway, for info. Hospital Ampang Puteri ada buat Well Women Clinic on Wednesday and Saturday. Satu pakej check up cuma RM50. Dia akan check semua jugakla aku tak ingat the exact check up. Tapi kira thorough. Phone: 03 42702500 ext 2255. Tapi ari tu, kawan aku call.. dia suh buat appoinment lepas raya sebab no clinic held during Fasting month.
Semalam jiran belakang umah buat kenduri kawin anak dia, Fadhiah. Quite an unexpected event sebab baru je bertunang tak sebulan and kawan sebulan setengah terus bertunang. Tapi dah jodoh kan. Elokla.. Fadhiah tu pun memang selalu sangat dulu keluar ngan ex-bf dia dulu. Nway, biasalah kenduri JAwa. Buat stail kampung lagi. Gotong royong sesama penduduk kampung. Selalunya bila time kenduri, jiran-jirna lebih memainkan peranan. Seminggu sebelum kenduri kawin tu akan buat kenduri untuk menetapkan kerja-kerja dan menjemput ahli-ahli rewang. Dan dalam masa seminggu tu memang sibuk buat kuih, biasanya kuih bakar, baulu, wajik, dodol kerasikan (dodol yang ada putih-putih kat atas), keropok-keropok. Then, sibuk siapkan kerisikla dan bahan-bahan kering untuk memasak nanti. Cari daun pisang, belah kayu api, sediakan khemah dan kelapa untuk memasak. Selalunya hari kenduri bermula pada hari jumaat, dah siap-siapkan sediakan bawangla. Then, hari sabtu memang dah sibuk.. Antara lauk wajib untuk kenduri orang jawa nie: Sambal Goreng, daging rendang, ayam masak merah, sayur lodeh, acar buah, acar rampai, Lemper, koci.. Zaman sekarang nie orang dah kurang bagi BerKat sedikit nasi, lauk-pauk dan kuih untuk hadiah orang yang datang berkunjung. Tapi masa ada jugak yang masih bagi berkat. Mak aku dah siap berangan kalau majlis kawin aku nanti dia nak buat yang sedap-sedap. Malam tu biasanya jemput Cumplingan, kumpulan yang main muzik traditional jawa. Yang lain tu lebih kuranglaa kot. Oh ye, orang jawa nie, pengantin akan tabur jajan or gula-gula kepada kanak-kanak. Tapi now, ramai yang ikut stail moden.. bagi hadiah gula-gula, potpouri dan seumpamanya. Hmm, aku nye wedding??? Taktaula, just terfikir nak kaler soft pink.
No comments:
Post a Comment